Monday, March 30, 2009

minat sahaja bukan hendak berlawan koleksi

Saya dapat tahu ada orang yang juga kaki okid mengata saya asyik beli okid. Katanya " Jangan jadi macam Kak Tina tu, asyik beli okid je, beli...beli...beli...
Saya hairan la, nape dia dengki a.k.a busuk hati, siap nasihat orang lain macam tuh.Saya bukan minta duit dari dia pun.
Saya bukanlah seorang yang riak atau sombong hendak menunjuk2 berapa banyak koleksi saya ada, berapa tahun saya menanam dan menjaga serta berapa $$$ saya belanja untuk okid. Kalau tak silap saya, kak har juga pernah di sindir perihal membeli okid ini. Adakah ia orang yang sama?
Saya suka share apa saja okid yang saya ada, dan kalau saya ada lebih saya jual pada kawan dgn harga mampu milik. Saya juga akan sedaya upaya menolong kawan yang teringin membeli apa koleksi yang saya ada, tapi saya tidak ada lebihan.
Selain daripada itu, saya cuba dapatkan harga yang terbaik untuk saya dan kawan2 , contohnya, baru2 ini saya cuba nego dgn tokeh nursery untuk mendapatkan Phal sumatrana dengan harga mampu milik. Disebabkan saya berjaya mendapat 3/4 orang kawan yang berminat hendak membeli phal ini, maka saya dapat harga yang di persetujui .Kami juga boleh bertukar-tukar koleksi okid. DAri meminati okid ini juga, saya dapat ramai kawan.Baru2 ini saya ke nursery okid, ada 3 orang gadis memberitahu saya mereka boleh memberi saya tips tentang "flasking", kalau saya berminat.Tidakkah itu sungguh menguntungkan?

Mengapa saya suka share okid, sebabnya saya boleh bertukar2 tips tentang penjagaan okid tersebut.Contohnya, kawan saya tanya kenapa okid vanda robert delightnya, daun warna kuning dan nampak tidak sihat.
Saya bolehlah share tips, seperti vanda ini boleh tahan panas, kalau itu pertama kali berjemur , vanda nih akan jadi mcm tuh, bila daun baru naik , ia akan lebih immune kepada persekitaran dan ia akan ok. vanda juga perlu di siram sampai basah keseluruhan pokok, maksudnya siram dari pucuk sampai ke medium.Ia juga kuat makan baja, bal...bla...bla.... Begitu lah saya dengan geng okid saya.

Anyway, ia tidak menjadi barah kepada saya, saya anggap sindiran itu seperti angin lalu.Kadang2 angin membawa udara yang bersih, ada juga yang membawa udara yang kotor kerana ia sudah tercemar!!!!

Di bawah ini ialah okid oncidium colour orange, saya ada lebih, sesiapa berminat boleh lah beritahu saya. siapa cepat dia dapat yea.

flowering size $15 - belum bertuan.

Spiking - $15 belum bertuan.

flowering size telah di tempah kejariah.

11 comments:

  1. Eiiii... tak seswainya ngata orang!!!

    Siapalah agaknya yang kata kanda macam tu ya? Dia tak tahu ke bahawasanya kanda ratu ni berdaulat?

    Adinda dan kaum kerabat yang lain tak boleh terima kata nista terhadap kanda. Harus makhluk itu dihukum menjadi pasu orkid sahaja ataupun arang kalau dia tidak boleh jadi moss!!

    Setidaknya dia mendatangkan manfaat kepada kerabat Ratu daripada menjaja kata nista yang tak berfaedah itu...

    Kalaulah dinda yang dikatanya... mau dinda curik pokok-pokoknya... hehehe

    ReplyDelete
  2. Ha'ahlah...sapa tu kak? kasik tau sama saya..
    Bukan per, dgn adanya orang seperti akak yg tak berkira waktu dan wang, telah mendahulukan duit sendiri dulu, tolong bargain bagi pihak kami, tolong hantar lagi tu, mana nak cari org yg boleh buat semua tu kalau bukak akak?

    Beli..beli...beli...pokok tu ikut suka kitalah,kan. Saya tak pernah cemburu atau iri hati dgn kemampuan Kak Tina membeli..bahkan ia menjadi pendorong kepada saya untuk menambah koleksi lagi. Bukan untuk menandingi sesiapa, tetapi untuk kepuasan diri sendiri saje.

    ReplyDelete
  3. Kanda Shida...

    bukan tu aje... Kanda Tina kita siapkan nursery dan babysit pokok-pokok kita di istananya...

    mana mau cari...???

    ReplyDelete
  4. Dinda2 semua,
    Kanda rasa tidak perlu lah kanda bagi tahu siapakah gerangan yang telah menghina kanda itu. Kanda tidk suka memberi aib kepada sesiapa, sebab darjat kanda dan dinda serta orang yang tidak berfikiran seperti itu lagi tinggi dari dia. Mengapa kita perlu rendahkan darjat kita? Tidak kah begitu dinda2 sekalian?

    Kanda juga tidak mahu menggunakan daulat untuk menjadikan dia arang, pasu atau moss, sebab kualitinya terlalu rendah, nanti habis semua okid2 kita mati disebabkan keracunan.

    ReplyDelete
  5. Duhhh... kenapalah dinda tak fikir sedemikian ya kanda...

    Dinda fikir mau jimat duit aje, jadi kita sumpah dia jadi pasu segala... dinda terlupa kualitinya! Terima kasih ingatkan dinda... mujurlah tak jadi guna daulat, jika tidak pasti merana pokok-pokok di istana sebab menggunakan media low class!!

    hehehe

    ReplyDelete
  6. Ala Kak Tina nih, berahsia pulak dia, bukankah tiada rahsia antara kita..hik..hik..hik...adakah kitorang jua mengenali org itu?
    Sharing is caring maaa....(dlm hati nak tau siapalah gerangannya itu....

    ReplyDelete
  7. Salam.

    Sabarlah tina....saya dapat ilmu dari seseorang semalam. Beliau syorkan kita hadiahkan bacaan surah al-fatihah buat sesapa yang mungkin dah 'ter'guriskan hati kita. Niatkan bacaan itu untuk si polan si polan. InsyaAllah dia dan kita sama2 akan lembut hati...wallahu'alam

    ReplyDelete
  8. Kesian kak tina,x ada salahnya kalau kak tina nak beli...dan jual lebihan orkid yang akak ada....pada saya jangan diambil kisah apa orang nak kata.Masing-masing ada kehendak dan kepuasan untuk dirinya sendiri.Diharap kak tina dapat bersabar ye....

    ReplyDelete
  9. assalamualaikom,
    nazurah aisyah, shida, fzi dan juaina dan sesiapa sahaja.
    terima kasih kerana memberi sokongan moral kepada saya. saya tidak lah terasa hati, cuma hairan jek. biarkanlah dia.
    fzi, satu pelajaran baru untuk saya juga, minta gunapakai yea, ilmu tuh.
    juaina, terimakasih keran singgah di blog akak aje, bukan saja singgah malah memberi kekuatan kepada akak untuk lebih meminatai okid. hehehehe
    naz, awak sungguh baik hati menghiburkan akak. tak habis2 gelak, baca comments awak.
    shida,
    kita semua kenal, tetapi tak payah la disebut kan di sini nanti memalukan dia pulak.

    ok, kita stop aje topik ini di sini yea.

    ReplyDelete
  10. salam k tina.
    meh saya tambah minyak..hahha..
    biarla org nak kata, asalkan hati akak bahgie...:)
    saya rasa sume org enjoy blog ni..
    saya jadi pemerhati je lah dulu ye..okid2 yang canggih2 ni saya tak pandai bela lagi..:)

    ReplyDelete
  11. wa'alikomsalam maya,

    amboi3 maya, nasib baik awak beri akak minyak angin, so lega sikit .
    Kalau minyak panas tadi dah terbakar dah akak. hehehehehe

    ReplyDelete