Bulan lepas, tiba2 aje minat teramat sangat pada doritis nih. So, pegi la memborong dan byk juga nota keunguan yang keluar.Cutting saja nak mencecah puluhan ringgit, apatah lagi pot. Tetapi di sebabkan tiada orang yang ada koleksi yang boleh di barter trade, maka saya cuma boleh barter trade dgn nursery, saya beri $$$$$ , mereka beri doritis nih. hehehehehe
doritis pulcherrima yellow, doritis yang agak mudah di dapati
doritis di atas berwarna jingga & lip yg berwarna ungu pastel, agak kecil bunganya
Doritis ini di ambil gambar setelah hampir layu,gambar yg masih segar bugar telah hilang tak tahu ke mana. bunganya agak besar dan tersangat cantik.
Yang ini berwarna orange, lilac & putih. Bunga sebesar syilling 50 sen. tersangat comel.
Doritis ini agak kecil, berwarna kuning pekat , putih dan hijau epal.Agak berbeza dari yang lain2 tuh kerana ada hijau epal.
Hampir sama dgn gambar yang nombor 2, cumanya yang ini kecl sikit sama sepeti gambar kuning di atas.
Pernah post dlm posting sebelum ini, bunga yang besar seperti mini phal dan agak susah memujuk tokeh untuk menjual cuttingnya.akhirnya dapat lah satu, gembira sangat......
Ini tersangat mahal mother plan $120. beli cutting daptlah $30 cinonet aje, harap2 boleh la survive
Ini adalah doritis hybrid yg warnanya bertukar agak lembut bila ia hampir layu.
doritis alba. yang ini murah , rasanya $15/pot dan ramah berbunga.
yang ini sudah di sambar orang, sempat tinggal kat rumah 2 minggu. Bila pegi lagi ke nursery tuh, dah tak jual lagi dah. tension nya.
Cantiknya koleksi doritis akak...
ReplyDeleteshida,
ReplyDeleteada la sikit2. kalau awak ada rezeki pegi wong, awak mesti rambang mata tengok koleksi kat situ.