Tuesday, March 31, 2009

deflask and decompot

Semasa mencari info untuk minat okid dan juga cik na serta shida untuk perkara di atas, saya telah terjumpa tips ini di youtube.Rasanya sangat berbaloi untuk di kongsi bersama.

Untuk mereka bertiga tadi, sebenarnya masa memasukan keiki itu adalah sama seperti kita memasukan seedling dari compot atau dari flask kalau ia sudah cukup besar untuk dipasukan dalam single pot.

Untuk minat okid dan cikna, nanti akak akan cari info on how to compot the seedling from the flask.

akak rasa shida tak ada masalah untuk memasukan(re-pot), seedling dari compot kerana awak pernah pergi training bersama akak di Hexagon.hehehehehehe

Ok, buat sementara waktu , sila la pergi ke link di bawah ini.







Saya sangat berharap saya boleh buat langkah2 untuk memasukan seedling dari flask dan juga dari compot untuk di kongsi bersama rakan semua.

Monday, March 30, 2009

minat sahaja bukan hendak berlawan koleksi

Saya dapat tahu ada orang yang juga kaki okid mengata saya asyik beli okid. Katanya " Jangan jadi macam Kak Tina tu, asyik beli okid je, beli...beli...beli...
Saya hairan la, nape dia dengki a.k.a busuk hati, siap nasihat orang lain macam tuh.Saya bukan minta duit dari dia pun.
Saya bukanlah seorang yang riak atau sombong hendak menunjuk2 berapa banyak koleksi saya ada, berapa tahun saya menanam dan menjaga serta berapa $$$ saya belanja untuk okid. Kalau tak silap saya, kak har juga pernah di sindir perihal membeli okid ini. Adakah ia orang yang sama?
Saya suka share apa saja okid yang saya ada, dan kalau saya ada lebih saya jual pada kawan dgn harga mampu milik. Saya juga akan sedaya upaya menolong kawan yang teringin membeli apa koleksi yang saya ada, tapi saya tidak ada lebihan.
Selain daripada itu, saya cuba dapatkan harga yang terbaik untuk saya dan kawan2 , contohnya, baru2 ini saya cuba nego dgn tokeh nursery untuk mendapatkan Phal sumatrana dengan harga mampu milik. Disebabkan saya berjaya mendapat 3/4 orang kawan yang berminat hendak membeli phal ini, maka saya dapat harga yang di persetujui .Kami juga boleh bertukar-tukar koleksi okid. DAri meminati okid ini juga, saya dapat ramai kawan.Baru2 ini saya ke nursery okid, ada 3 orang gadis memberitahu saya mereka boleh memberi saya tips tentang "flasking", kalau saya berminat.Tidakkah itu sungguh menguntungkan?

Mengapa saya suka share okid, sebabnya saya boleh bertukar2 tips tentang penjagaan okid tersebut.Contohnya, kawan saya tanya kenapa okid vanda robert delightnya, daun warna kuning dan nampak tidak sihat.
Saya bolehlah share tips, seperti vanda ini boleh tahan panas, kalau itu pertama kali berjemur , vanda nih akan jadi mcm tuh, bila daun baru naik , ia akan lebih immune kepada persekitaran dan ia akan ok. vanda juga perlu di siram sampai basah keseluruhan pokok, maksudnya siram dari pucuk sampai ke medium.Ia juga kuat makan baja, bal...bla...bla.... Begitu lah saya dengan geng okid saya.

Anyway, ia tidak menjadi barah kepada saya, saya anggap sindiran itu seperti angin lalu.Kadang2 angin membawa udara yang bersih, ada juga yang membawa udara yang kotor kerana ia sudah tercemar!!!!

Di bawah ini ialah okid oncidium colour orange, saya ada lebih, sesiapa berminat boleh lah beritahu saya. siapa cepat dia dapat yea.

flowering size $15 - belum bertuan.

Spiking - $15 belum bertuan.

flowering size telah di tempah kejariah.

Sunday, March 29, 2009

Orchid di laman mak di kampong

Sabtu lepas saya telah pulang ke kampong, kononya hendak menghadiri kenduri perkahwinan sepupu saya. Kami melalui highway guthrie, baru tol kedua, adam sudah mengadu susah bernafas, penat. Suami bercadang hendak pusing balik pergi doctor yang kami biasa consult . tetapi saya rasa sudah lambat so kami keluar di rawang , disebabkan tak biasa melilau lah kami mencari klinik, call ING mereka beri semua list panel di rawang. sebab tak biasa jalan di sana. maka dalam sejam jugak la mencari.
Sebaik sahaja habis kami terus pulang ke kampong.
Sesampai di kampong, adam kembali penat , suami saya membawanya ke klinik kerajaan, kali kedua dia mengambil gas. Saya ke rumah makcik petang itu untuk melihat atau membantu . Agak2 dekat maghrib, baru saya pulang, sesampai di rumah adam penat lagi, bawa pegi klinik lagi , amik gas. Hospital assistant kata,satu hari cuma boleh amik 3 kali. Jadi suami tidak mahu amik risiko, kami pulang malam itu jugak dan sampai di rumah pukul 2 pagi. Suami berhenti 3/4 kali juga untuk berehat kerana dia mengantuk.
Saya cuma sempat mengambil beberpa keping gambar okid emak di kampong. Emak saya memang minat okid,dan ramai berkata tangannya sejuk dgn pokok2 okid, sebab itu okidnya rajin berbunga.Maka ramai juga yang selalu bertanya untuk membeli.Oleh itu dia telah membesarkan rumah orchidnya kerana ramai yang datang hendak membeli anak2 pokok dan juga yang sedang berbunga.
di bawah ini okid di laman beliau.

Dendro , saya tak sure namanya


oncidium ini tersangat cantik.Saya ada satu pot , tetapi telah di beli oleh seorang kenalan yang berharap sangat untuk memilikimya.


Renanthara Kalsom, okid ini tidak berhenti2 berbunga, kali ini naik 2 spikes.


Saya, vanda and kerabatnya memang gagal untuk membezakan mereka.Colour purple.

Brassia, baru hendak berkembang

satu lagi family vanda, orange pekat , sangat cantik

phal bellina

dendro noid

phal hybrid

dendro yang sama dari sudut berbeza

juga sejenis dendro

seedpod aerides odorata

Friday, March 27, 2009

Yang ada dan sudah tiada di rumah

Hari ini saya saja hendak mengingati orchid yang ada dan pernah ada(sudah pergi ke syurga).Ini adalah sebahagian saja dari koleksi yang dimiliki, siri kedua dan seterusnya akan di update, tapi entah bila.
Phalaenopsis Amboinensis

Phalaenopsis Belina Blue

Ia adalah berkemungkinan phal borneensis

Phalaenopsis Ipoh super Star

Phalaenopsis violacea sumatrana mentawai, mempunyai spike yang panjang.

Phalaenopsis Appendiculata, telah pun berada di syurga. Ada 5 pots saya beli, tapi tidak satupun yang masih hidup.Agak sukar menjaganya kerana perlu menjaga kelembapan media dengan betul.

Saya memang gagal dalam mengingati nama2 orchid catleya. Jadi , namanya akan di update kemudian la,cuci mata dulu la.hehehehehe



Cattleya don herman


Cattleya dolosa 'Hackneau'

inilah hasil tangkapan hari ini

catacetum

Phal sumatrana, so , kepada kawan2 saya , anda semua boleh tido lena malam ini.

phal hieroglyphica, murah $15/pot.; sebab tu beli.

compot bellina pink

Ency radiata, sangat teruja dapat membeli okid ini. sila la google kalau nak tgk bunganya.

Thursday, March 26, 2009

Kegilaan terhadap okid makin parah

Semalam semasa ber"IM" dengan kawan2 , tiba2 terperasan ada posting bergambar oleh seorang forumer, phal sumatrana. Sebelum itu berbual dengan mereka tentang phal ipoh super star dan juga phal lamelligera.Antara yang di bualkan ialah hendak membeli okid terutamanya phal yang disebutkan tadi dalam budget bulan depan, which is next week.

Tapi disebabkan posting tuh, sorang kawan dari Putrajaya tanya samada satu nursery nih ada jual tak phal sumatrana nih dan berapa harganya. Disebabkan saya juga teruja, saya terus call contact saya di sana, dia cakap ada tapi kecil la. SAya cakap tak mahu la kecil, sebab forumer tu beli end 2007 , flowering size ; sekarang baru berbunga. Flowering size pun amik masa lama baru berbunga, inikan pulak yang kecik gitu.Contact saya tu kata, dia kena cari dulu, bila saya tanya harga dia kata mahal la sikit. Saya cakap nak beli lebih untuk kawan2 jugak( dalam kepala otak nak cari siapa nih), kasi la murah sikit. Dia setuju, dan saya kata akan amik hari ini.

Maka bermula lah mencari rakan2 seperjuangan hehehehehehe untuk sama2 membeli belah okid ini, YM kawan selatan tanah air, kawan di Kelana Jaya , Putrajaya , dan nun jauh di sana. Dalam masa beberapa minit saya sudah mendapat cukup korum(betul ke spelling nih). Maka hari ini saya akan pergi ke sana!!!!!! ke sana!!!!!!

Saya rasa akan terus belikan ipoh super star dan juga lamelligera kot. Tengok kepada berapa banyak nota-nota cinta yang saya ada.heheehehe
Nantikan gambarnya yea.



Persoalan: Adakah kegilaan ini satu ketagihan?
Jawapan: Tak pe kerana ia tidak merosakkan seperti dadah , tetapi membantu kita dgn memberi oksigen untuk kita bernafas. hehehehehe

Wednesday, March 25, 2009

catacetum

saja nak share tentang catacetum
kat bawah ni ialah catacetum red fuch cross dgn apa dah tak ingat, kena tengok tag. pokoknya memang kecik, sekarang musim ia membuang daun. Masa saya pegi satu nursery, semua catacetumnya togel, saje tanya nape, adakah ia hampir mati. tokeh tu kata, dia mahu naik keiki baru, so kena beri nampak akar agar anak senang naik.
oh! btw, catacetum ini ada di jual di nursery serdang $18, yang ini beli di hew $10..

Yang di bawah ini pula ialah catacetum wine delight, Agar sukar mencari catacetum ini sekarang. Pernah jumpa di nursery wong , berharga $45, sebab tak bawa duit lebih, saya tidak ambil. Minggu selepas itu pergi sekali lagi, sudah tidak ada.
so , saya beli anak sahaja.Kecik kemetot anak itu berharga $8 sebab saya beli 4 pot.

Ini pula green jade cross dgn apa tah, juga kena tengok tag.Shida juga ada yang ini, apa khabar seedling awak yea, shida?

antara koleksi saya.

okid yang di beli dari kawan/ forum/blog dan juga barter trade

Tak tahu macmana boleh terhantar posting itu tadi, tanpa ada citer.maaf yea, sesiapa yang dah singgah tadi.

ini ialah phal bellina pink, yang di belikan oleh kawan saya.

Gambar di atas pula ialah phal corningiana, ia dibelikan oleh seorang kawan saya yang sangat meminati okid.

Dimo di atas ini pula dibelikan oleh kawan saya yang paling atas tadi. dimo ini pokoknya besar , tetapi bunganya kecil aje.
Yang ini pula ialah Eulophia andamanensis,, di belikan oleh harris dari utara tanahair. pokok ni bunganya tersangat comel, antara kesayangan saya.

yang di atas di tukar dgn auntie serdang , saya beri $10 dia beri aerides odorata ini. Saya membelinya hujung tahun lepas.sekarang sedang mengeluarkan spike.

yang last sekali ini pula sama seperti diatas, cuma ia dari forumer.ini ialah yang pertama saya barter trade dgn kawan di forum , awal tahun lepas rasanya; tapi masih belum ada rezeki berbunga. saya tukar dgn okid species yang terhad iaitu Encyclia Tampensis.

Tuesday, March 24, 2009

dendro lagi & phal la pulak

Kejariah & shida,
sila lah buat pilihan yang mana satu idaman kalbu, yang berambut atau yang botak.hehehehe


Yang di atas ini baru saja botak, mungkin hendak naik bunga atau keiki. perlu diingatkan , dendro jenis ini hanya akan berbunga apabila kesemua daun di "cane" nya telah gugur.

Yang di atas jenis yang sama cumanya ada daun.

Di atas ini ialah dendro tanger inum, bunganya berwarna oren.

Inilah seedlingnya , 5 hengget jek.

Di sebabkan saya memang berminat dgn phal, ini ada satu division phal el-tigre, antara yang susah di jumpai. saya beli di wong berharga $35. sesiapa berminat sila beritahu yea..Kesemua phal el-tigre di nursery wong berharga $65 ke atas. setakat ini, saya hanya menjumpai phal jenis ini di nursery ini sahaja. Di nusery lain cuma ada phal tiger star.

seedling and flask

Hari ini saya hendak bercerita tentang seedling dan flask.
Kalau sesiapa berminat tentang okid, mereka juga tentu berminat dgn 2 perkara yang disebutkan tadi.

Gambar di atas ialah, flask phal bellina alba. Ia adalah antara species yang sangat mahal bila sampai ke tahap flowering size, iaitu $65 ke atas.
Saya rasa ramai yang sudah tahu maksud species dan hybrid. tapi tak pe la saya refresh memory. Species ialah yang asli, maksudnya ia tidak di kacuk dengan mana2 species yang lain. Kalau species di kacukkan dgn species kita gelarkannya primary hybrid.
Flask bellina di atas, di kirim oleh minat okid dari melaka.

Yang di atas ini pula seedling, seedling ada byk jenis , dari compot, pot 2", 4", 6" etc.Seedling diatas ialah phal corningiana, antara yang sukar di jumpai. flowering size berharga $45.00. Yang di atas ialah medium size , pot 4", berharga $15.Pernah di taiping saya jumpa, size kecil sikit dari ini, berharga $25.00 dan satu nursery di KL berharga $20.00

Ini ialah seedling phal amboinensis. ada 3 seedling didalamnya dan berharga $18.00.
size pot 4".

Yang ini pula ialah phal hieroglyphica, bunganya tersangat cantik. sila lah goggle di sini http://tbn2.google.com/images?q=tbn:svWmtvBrW3i-UM:http://www.bloggang.com/data/fragrantorchids/picture/1187599958.jpg, untuk melihat bunganya.Ia berharga $15.00

Ini phal kunstleri, ia telah dirisik oleh shida.flowering size berharga $45.Seedling ini berharga $15.00

GAmbar di atas ialah phal bellina alba kepunyaan shida.

Gambaar di atas ini ialah compot phal cornu cervi. Ia perlu dibiarkan didalam pot ini selama 6 bulan. ini untuk mendapatkan kestabilan untuk setiap seedling.Yang ini telah di tempah oleh shida jugak.