Thursday, September 22, 2011

mai la tengok.......

as salam semua,

lama dah aiiihhhhh..... akak tak hapdate blog nih. bukan apa sibuk sangat la, sibuk yang sampai tak tau nak buat pa la kiranya..... hehehehehehe

awat speaking utara ni pulak khok oii....
tak da pa la...
baru2 ni baik kampong adik kawen, semua ipaq dari utara balik....
tu yang terpengaruh tu....
depa ni ramai, so cakap pun utara abaihhh.... la...
bak kata owang putih " dominated by northern people". ewah!!!!

ok, tak ada apa sangat la yang hendak di update. akak cuma hendak tambah koleksi yang hendak di lepaskan, sebab baru2 ni akak perasan orkid akak asyik hilang aje. yang hilang tu bukannya jenis2 biasa ni, yang luarbiasa nya. tu yang akak nak let go sebyk mungkin ni. ari ni sempat amik gambo 2 jenis aje yang senonoh photonya. yang lain semua tak boleh pakai.

so, kepada peminat2 semua silalah lihat photo di bawah ni, kalau berkenan pm akak harga yang anda inginkan, kalau setuju kita akad la....

two tones vanda

phalaenopsis
kepada encik2 selatan dan cik timur, silalah bagi tau ye, bila akak boleh post orkid anda yang dahlama tu. kang kena curik pulak.

ok la,
da..................

Wednesday, July 20, 2011

bersatu teguh

Bersatu teguh, bercerai roboh, tak pun kahwin lagi. hehehehehe
ok, tak ada kena mengena pepatah kat atas tu dengan gambar kat bawah ni.

Pokok mangga kat depan rumah akak ni,mula2 mati . lepas tu sekarang dah tumbang menyembah bumi. so, ada yang cedera parah dan ada yang luka2 la orkid akak dan juga roses yang di tanam kat situ.

sebab rumah mereka sudah tiada, maka akak ingat nak jual aje apa yang ada kat situ, antaranya vanda helvola, phal cc, phal bellina papua new guinea, bulbo elizabeth anne, doritis dan apa tah lagi.Sesiapa yang berkenan silalah tinggal kan pesanan ye.

btw, saya sekarang banyak menghabiskan masa di dalam rumah, jadi masa untuk berkebun telah kurang, sebab tak ada masa nak bercerita pasal orkid dan rose, saya telah mengaktifkan diri semula di dalam bloghttp://kerjatangansuri.blogspot.com/
silalah berkunjung ke sana jika ada masa.

si helvola yang bagak nih kot yang berat sangat. hehhehehe
ok la da..........................

Monday, July 11, 2011

sibuk................................

as salam pembaca blog ini. Sudah lama saya tak up date, tersangat la sibuk.................................
saya tahu anda semua mesti tertanya2 apa la yang di sibukkan sangat tuh.....

anak saya Aisyah akan mengambil UPSR tahun ini, result mid termnya sangat mengecewakan. Dia dapat 2A3B, kalau tanya cikgunya mesti mendapat jawapn yang sama seperti Sarah.

' tak apa puan, marking percentage kami memang tinggi dan soalan kami memang susah sikit."
akhirnya Sarah hanya mendapat 2A3B, dia menangis hinggakan saya tidak terdaya memujuknya. Yang dia dapat B adalah yang dia cemerlang dan favourite subjects semasa percubaan iaitu Science& English.

Saya tidak mahu sejarah Sarah berulang kepada Aisyah. Aisyah pergi tuition dan juga kelas tambahan sekolah. Mesti pembaca mengatakan kami terlalu fanatik terhadap pencapaian akademik. Ya, saya mengaku, memang kami terlalu fanatik. Sebabnya, sejarah dan pengalaman mengajar kami akan kepentingan pencapaian akademik. Lagipun memang anak2 mahu mereka di didik begitu.

contohnya,
immediate action HB ialah berhentikan Aisyah tuition sebab tiada perubahan bila dia pergi tuition atau tidak. terutamanya Science. Aisyah biasa dapat science A tetapi kali ini dapat B dengan markah 74%.English pun cuma 88%.
Aisyah tersentak dan minta disambung balik tuitionnya.Dia berjanji akan lebih serius. saya pergi berjumpa dengan cikgu tuition dan berbincang mcamna hendak perbaiki result aisyah. cikgu dia kata, aisyah adalah budak yang tak ada problem dan dalam kategori pandai, jadi mereka tidak expect dia dpat result begitu. immediate action: aisyah kena tambah satu masa lagi untuk tuition dia. so, sekarang masa tuition aisyah ialah dari pukul 6 ptg hingga 9.30 malam.

Saya juga telah bersoal jawab dgn cikgu , mcamana hendak menjawab soalan science. cikgunya telah memberi saya tips.Saya, cikgu science dan aisyah telah duduk bersama untuk memberi aisyah pemahaman cara2 menjawab soalan dengan lebih berkesan. cikgunya minta aisyah fokus kertas 1 sebab di situ agak lemah.

saya juga telah berjumpa dengan cikgu bahasa melayu , kerana kesemua anak2 saya lemah bahasa melayu, terutama nya Aisyah. cikgunya kata memang SKBJ mempunyai students yang agak lemah dalam bahasa melayu. cikgu terpaksa mencari pelbagai cara, agar mereka dapat memperbaiki mutu pencapaian dalam subjek ini. Sebenarnya , pelajar di sini pada pendapat saya , kurang terdedah kepada bahasa melayu, Mereka tengok movie cerita inggeris, rancangan tv- english, chatting - english, pendekata semua english lah.
cikgunya minta saya , duduk dengan aisyah buat sebanyak mungkin soalan pemahaman bahasa melayu dan minta aisyah cari isi2 karangan dari buku2 karangan yang sedia ada. Jika saya tidak pandai untuk memeriksa hasil karangan aisyah, dia minta saya beri kepada dia untuk di periksa.

Jadi , setiap hari; selaps balik dari sekolah pukul 2 petang. Selepas makan, mandi dan solat; aisyah akan masuk bila saya dari jam 3 petang hingga 5 petang untuk buat semua itu , kemudain saya beri dia minum petang dan mungkin terus makan malam. then hantar tuition , pukul 9.30 malam pergi pick up dia.Jadi , begitulah saya menghabiskan masa saya hampir setiap hari.

Bosankan baca entry kali ini. meh tengok bunga apa yang ada,



amboi flava, meriah dengan 3 spikes dan pokokyang bagak.



kali ini bunga lebih meriah dengan spikes yang agak panjang.

Tuesday, May 24, 2011

tak sihat

sudah 3 kali dalam masa dua bulan , encik HB dan anak2 kena demam, batuk dan kadang2 muntah. sakitnya macam berulang tapi tak ingat berapa lama gapnya. kena track la nampak gayanya. risau la jugak kan....

kali ke tiga mereka tak sihat, saya juga hampir2 tidak sihat. pening kepala dan sakit sendi. alhamdulillah, telan ubat hilang la pulak sakit tu. tapi kadang2 lenguh di belakang dan kaki masih ada. selalunya Sarah la menjadi mangsa untuk urut mengurut ni. tapi minggu ini Sarah sibuk dengan examnya , so tak dapat la dia mengurut saya.

Di suatu hari, (ewah!!!!! mcm karangan budak2 sekolah) sedang saya baring, anak lelaki saya datang menghampiri saya dan berbaring berhampiran. Saya tak perasan dia yang datang.

Saya,' aduh.... sakit pulak belakang ni"
Adam,' ibu sakit ye, meh! Adam urutkan...
Saya, 'oh........ TQ Adam.
Adam, ' kesian...... ibu sakit......
'adam nak urut sampai ibu tak sakit'
'adam tak suka ibu sakit......
belum sempat saya menyampuk.................
Adam,' Adam tak nak jadi anak yatim.......'

huh! apakah........
Saya rasa mesti sebab saya suruh dia baca paper tentang anak2 yatim yang tertimbus dengan tanah runtuh tu...
teringat2 lah tuh...

Ok, dibawah ni orkid2 yang saya hendak lepaskan ye.

Brassavola cuculata - bunganya
pokoknya - harga $28
another plant yang sudah habis bunga, lupa nak snap masa berbunga dulu. rege $28

yang ini belum pernah berbunga lagi, rege $25.

phal hybrid bellina- wangi ....
rege $25
dendrobium nestor - $18. walaupun sekuntum, anda tidak perlu tenyeh hidung kat bunga untuk menghidu kewangiannaya. rege 18.

mode of payment - COD

Monday, May 16, 2011

nape tak up date blog

as salam
lama betul rasanya tak update blog
nape la akak tak up date blog...

akak sebenarnya dalam pantang...
pantang?
anak ke berapa kak?

hahahahhaha.............
pantang ni banyak tau....
akak dalam pantang dari membeli orkid dan juga membeli rose
sejak baja dan racun akak hilang hari tu( sebenarnya di buang oleh daily maid - bukan encik HB)
kebyakan orkid akak merajuk....
ada yang sampai merajuk lari ke syurga.....

nanti la ye...
dah sihat...
dan akak pun dah slim balik ( apa kes ni....)
maka akak akan pos bunga2 orkid yang cantik menawan seperti tuannya....
hahahhahahha....


Sunday, May 1, 2011

Labor day

I think labor day is not meant for those who work as fully housewife.Agree? nope? half/half hehehehhehee
Hmmmm....... I think I should plan something on Mother's Day. Have told my daughter what I really... really want on that day .can't wait.....

for the time being, enjoy the photos below.






Can u tell from the photos above what my daughter will buy for me?
Roses? salah..
Orchids? salah...
sila cuba lagi......
da.........

Tuesday, April 26, 2011

Tindakan drastik

Pernahkah anda terfikir hendak membuat sesuatu tetapi tertangguh - tangguh.?
Ya. banyak kali! selamat menjadi sahabat alam maya saya. hehehehehehe

Di bawah ini ialah Grammatophyllum Speciosum.
Gramma ini sakit semasa saya beli tapi tak perasan.Ada calitan seperti karat pada daunnya. Patut lah macam grandma aje , tak mahu bertukar wajah.Dari di beli dalam tahun 2008 hingga 2011, macam tu aje. Maka saya telah mengambil tindakan drastik baru2 ini dengan membuang semua yang patut di buang. Harap2 hidup la, kalau mati melayang lah ratusan ringgit.
Sebelum di pangkas.
setelah di pangkas

perlu di buang untuk mengelakkan jangkitan.