Tuesday, February 1, 2011

selamat menyambut tahun baru

selamat menyambut tahun baru silamat menyamut tahun balu sila baca mode CNY.
selamat menyambut hari lahir yang ke AWAL 40 an... . Yang penting perkataan awal tu ye. so mode muda lagi la.hehehhehehehhe

terima kasih kepada semua yang memberi ucapan hari lahir samada di FB, sms dan apa jua cara. akak terharu sangat, dah lah satu wilayah celebrate birthday akak kan.........ewah! ewah!ewah! perasan.

ok la. stop merepeking. akak sebenarnya tgh seronok nak bercerita , ni HB pulak ajak balik kampong. satu hapah pun tak siap lagi nih.

tengok orkid dulu la ye.

tak tahu id, tahu Trichoglottis. macam ada bau wangi yang lembut. tak tahu la mcmana nak desribe .
bulbo lobii, kepada farazi. yang ini memang sama dengan awaknya. akak ada 3 clumps sebenarnya. paling bongsu yang pada awak tuh. kesemuanya sedang berbunga.
teruja kan. menurut kata seorang forumer, lobii senang berbunga, boleh la tambah koleksi lagi. muahahahha
Phal purple martin var alba. comel kan bunganya.
doritis pulcherima chumpornensis. sudah lama ingin memiliki species ini. teruja lah sangat setelah berada di laman. bentuk dove itu sungguh menawan. kan!kan!kan!
Brassavola perrinii, hanya untuk tatapan umum sahaja.
arachnis flos-aeris, suka pada kombinasi warnanya yang pekat itu.

Tuesday, January 25, 2011

doritis pulcherrima var alba



Dah lama saya peram posting nih, kalau telur ayam mungkin dah menetas dah kot. ahaks......
Saya dapat doritis pulcherima var alba ini dari kenalan baru yang sudah lama berkecimpung dalam dunia orkid. Di sebab kan teruja saya beli satu pasu yang ada beberapa pokok dan beberapa keping merah biru bertukar tangan. walaupun harga boleh tahan tetapi disebabkan tahu punca dari mana dia dapat saya tersangat lah senang hati melayangkan kertas2 merah biru tadi.

saya suka bunganya kerana warna putihnya seperti candy serta petalnya nampak macam gebu aje. rasa macam nak petik makan.
Ayoyoyo....
bukan petal rose boleh buat goreng tepung ye. hehehehe

Bentuk yang cantik serta susunan bunga yang kerap menyebabkan saya teruja memilikinya.
Saya telah pun memecahkan clumpnya dan dapatlah beberapa pot ,satu pot telah dimiliki oleh kak pah. harap2 mereka semua boleh hidup subur.
ok. da~~~~~

Monday, January 24, 2011

Phal lamelligera

Phal lamelligera adalah species yang mudah di jaga dan mudah berbunga. Di bawah ini adalah antara koleksi saya. Ada sesiapa berminat, harga cuma $25 aje. Seperti biasa siapa cepat ye.

sedang berbunga.
ini pokoknya.

da....

Sunday, January 23, 2011

vanda coerulea





setangkai vanda coerulea yang baru kembang, masih ada yang belum buka lagi.
Pokoknya tidak lah sebesar mana, lebih kurang denisoniana aje sizenya.
close up bunganya.
tadi baru perasan ada satu kuntum warna tiada tetapi putih semata, macam alba pulak.
setangkai tetapi sekuntum berbeza.

Phalaenopsis Gigantea

Setiap pencinta orkid terutamanya pencinta orkid phalaenopsis mesti bercita2 untuk mempunyai walau sepokok si comel ini. Phal gigantea.

Phal gigantea antara yang lambat pembesarannya, tetapi itu tidak menjadi halangan untuk pencinta orkid dari memilikinya.saya juga tidak terkecuali. melihat daunnya yang cantik dan sihat sahaja sudah cukup menyenangkan.
baby phal
kakak dia, sangat di gemari oleh lintah bulan aka slug.
sudah agak besar dan mudah untuk di jaga.

mungkinkah daunnya sedap? yang sudah agak besar ini juga digemari oleh serangga. rasanya yang ini telah di noda oleh "leaf cutter".
nampak tak ada tanda di daun yang atas sekali? kalau tak silap kerja si slug lah ni.
agak kering sebab masa bercuti hari tuh. lupa nak siram sebelum bertolak. 4 hari tak minum, so de hydrated sikit. sedang dalam proses membaik pulih.
mungkin anda juga peminat cik gigantea ini. nanti kita boleh berkongsi tips ye.

Wednesday, January 19, 2011

rumah baru

Rumah akak sudah tidak seperti rumah lagi. Penuh dengan orkid. Last 2 weeks ada minta kontraktor datang untuk quote untuk renovate kat depan,juga membuat rumah orkid. Tapi mangkuknya kontrator tak datang.Janji bukan main manis lagi, seperti menanam tebu di tepi bibir, hingga kami terpedaya dan tidak memanggil kontraktor lain.

Ok. adik2 , apakah maksud menanam tebu di tepi bibir?soalan periksa nih!!! hehehhe

Di sebabkan tidak sabar dan iman senipis kulit bawang. maka kami telah membuat plan, mengambil ukuran dan pergi sendiri ke kedai hardware. Pergi hari sabtu tapi , tokeh kata boleh hantar hari isnin. tensi tak, dah la tak sabar nih.
Barang pun sampaii hari isnin, call HB yang tengah meeting , excited nak citer barang dah sampai. keji tak!!!Petang tu, bila HB balik maka ; bertukang lah pasangan suami isteri itu. Semangat Proton waja!!!!

Oh! tak cukup pulak bahan2 nya. mcamana boleh silap nih. kena tunggu la lagi....
The next day order barang dan sambung kerja on the 3rd day. Bila lah nak siap!!!!!
Setelah bertungkus lumus maka siap lah separuh , rumah baru phal akak.

Masih belum pasang jaring dawai dan juga tukar pot, orkid 2 tersebut.
sorang major in stastistic economics dan sorang lagi IT. Maka, inilah hasilnya. terlebih tinggi dari sepatutnya dan terpaksa la menunggu engineer dari TTDI jaya untuk membetulkannya. cik no , make sure datang hari ini ye. dan tolong potong kan bahagian atas tuh!!
spike yang enterframe tu , ialah pahl borneensis, telah mengeluarkan bud. ada sesiapa yang ingin memilikinya.

akak ada sediakan bahagian untuk seedling, so barulah selesa seedling tersebut.
Pelbagai seedling phal.Yang berbunga tu , maaf lah dia, nak enterframe jugak!!!!ada sesiapa berminat, silalah beritahu ye. ada speciosa, violacea var blue, violacea, violacea mentawai, speciosa, manii, pantherina, gigantea,cc red, amboinensis var common etc.

Monday, January 17, 2011

phalaenopsis amboinensis





amboi!amboi!amboi! cik amboi..................
sweet kan cik amboinensis ni???

akak ada pelbagai jenis amboi ni , amboi biasa yang bunganya kecik2 tuh. amboi var common. amboi flava dan yang terbaru ini amboi var maluku. ada sesetengah kata amboi var maluku "nikko". apa2 pun cik amboi ini memang menarik. bunga yang besar dengan stripe coklat dan bau yang kuat.

Harga masih lagi reasonabale, tapi mungkin akan naik seperti amboinensis var common.
Kedua2 pokok di atas telah berpunya dan akan berangkat ke rumah baru next week.
semoga mereka gembira di rumah baru.