Tuesday, June 23, 2009

saya di dalam dilemma - bantu lah saya

Sedihkan tajuk di atas tu. Perlukah saya masuk jejak kasih untuk mendapatkan bantuan????? hehehehehehe

Saya rasa untuk tidak memalukan diri sendiri dan juga keluarga saya, maka saya hanya meminta bantuan dari kawan se'blog' aje la.

sila lah buat rumusan anda dan saya akan menyambung citer petang ni kot.
tak pun malam ni, kalau rajin. nak pegi amik anak balik sekolah jap.










Monday, June 22, 2009

saya dan kerja saya

Mesti heran kan, nape buat topic mcm tuh.
sebab tak ade kerja la tuh, tu yang buat topik macam tu.hehehehehehehe


Ini ialah farmeri pink yang di ikat di kayu. sudah banyak akar baru keluar sejak di pindahkan ke sini.
Mimi palmer blue, bau tersangat wangi dan tahan lama. best sangat sebab tokeh reserve untuk saya.
Ini pula Rhy retusa spot junk girl, sudah ada seedpod. Jangan tertipu dengan akar yang berselirat itu. itu akar mimi palmer saya yang berwarna coklat.Tak tahulah samada boleh jadi anak bila di semai nanti.


Lim Bah ta kepunyaan ct. tak perasan dah berbunga.
close up bunganya.
Ini pula dendro hybrid dari thailand, berwarna pink terang bersulam putih.

clumpnya.
tokeh ini tidak menjaga okidnya dengan baik.Okid dendro ini sangat senang untuk dibesarkan dan berbunga. cuba tgk tu , 2 keikis sudah naik.Sesiapa berminat , harga lelong cuma $15. saya cuma ada satu pot ini, siapa cepat yea.close up bunganya


Ini pula dendro biloculare, gambar jauh sikit.Gambar dekat sikit di bawah limpahan cahaya.
dan gambar dekat banyak, juga di bawah limpahan cahaya.
Gambar dekat di bawah (apa perkataan berlawanan untuk limpahan yea.)Hmmm kedekut cahaya.

gambar di bawah lagi kedekut cahaya
dan last sekali gambar tak ada cahaya. hehehehehehehehe

Jadi apakah tanggapan anda tentang posting nih , bersesuain tak dengan tajuk . ahaks......
Atau mungkin tidak menepati tajuk, sepatutnya saya yang tiada kerja. hahahahahahaha

Sunday, June 21, 2009

saje2 je

ada seorang kawan sejati saya, yang tidak kira masa saya kaya atau miskin .,
eh!!bila masa pulak kaya miskin tuh????
Masa susah senang saya, itu perkataan paling sesuai, dia lah kawan saya . Dia tidak mengira darjat macam mak Kassim Selamat heheheheheheehehehehe

Dia telah menghantar kepada saya satu slides yang tersangat cantik mengenai okid di penuhi dengan quotes yang sangat bermakna. saya cuba nak paste kat sini tapi tidaklah berjaya.

ada sesiapa tahu mcmana nak paste slides powerpoint kat blog.
Sementara itu saya akan cuba jugaklah yea.

dan untuk cuci mata saya tepekkan gambar2 di bawah ini.
saya sedang mencari id untuk kedua2 okid ini.

sejenis vanda species, berbau sangat harum hingga ke petang.


Yang di bawah ini kemungkinan sejenis species jugak, mungkin dendro species. mengikut kata tokeh ia berasal dari filipina. mungkin mengikut maid phillipines ke sini kot. hihihihihiihii

Thursday, June 18, 2009

Photobucket
Photobucket
Photobucket

Terpaksa juga melepaskannya pergi

Hari ini saya sedih sebab berpisah dengan buah hati saya. Dia telah disunting oleh seseorang dari Lembah Kelang nih. Saya sedap kan hati dengan mengatakan untuk kebaikannya juga, maka dia perlu mendapat tempat yang selesa dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.

Dalam pukul 11.30 tadi, saya tukarkan bajunya. Mandikan dia dan berbual sekejap dengan nya.

La...... pasal apa jiwang sangat nih. Sebenarnya saya sedih sebab berpisah dengan miss aerides ataupun kerana membaca kisah yang di e-mailkan oleh a kamal tadi. "Jubah biru buat ibu". Tapi hari ini memang puas lah menangis . hahahahahahahahaha
anak2 saya terpinga2 melihat ibu mereka asyik mengesat air mata. Kalau lah mereke tahu sebab saya menangis .........heheheheheehe kelakau betul la.

di sebabkan gambarnya terlalu besar dan photobucket tak boleh nak upload so very the lembab, maka saya uploaed direct ke blog dari sana. hasilnya macam posting selepas ini gedabak.