Sunday, August 9, 2009

untuk jualan

Hi peminat okid sekelian. Saya telah memilih beberapa okid yang saya rasa "worth buying"
jangan buang masa, marilah kita mula melihat katalognya. hehehehe

Oncidium NOID, tokeh ada di Johor berjual beli okid di pameran okid dan kaktus di sana.Jadi, pembantunya tidak tahu apakah id okid ini. Di sebabkan cantik ,maka saya terfikir mesti ada yang berkenan.
clumpnya
close up bunganya.
Gambar di nursery, saya tidak membeli yang ini sebab bunganya dah hampir malar.

Phal cornu cervi.
Saya cuma ada 3 pots sahaja. setiap satu berharga $20.


Phal cornu cervi alba adalah antara phal kegemaran , di sebabkan tersangat minat dengan phal ini, saya pernah membeli anaknya yang tersangat cenonit dan baru dipindahkan ke pasu lain pada harga $40. Disebabkan ia belum stabil dan kurang ilmu pada masa itu, maka pokok itu telah pulang ke syurga. Maka , apabila saya dapat membeli dengan harga yang murah iaitu $70 untuk blooming size serta ada keiki, saya rasa ia sangat murah dan saya percaya mesti ada peminat okid yang berminat. Kerana harga standard untuk phal cornu cervi sebegini besar tanpa keiki ialah $100.

lihat lah keikinya itu.
ada sekurang2nya 2 spikes untuk setiap pokok.

Photo penuh
keiki , nampak tak keiki comel tu???
ada 4 spikes , kalau tak silap.
Saya cuma ada 3 pots, sahaja. Sesiapa berminat silalah beritahu ye.Seperti biasa, siap cepat.
Phal equestries.
clumpnya,
another pot.
Saya cuma ada 3 pots sahaja.
Phal tetrapis berharga $28 sahaja.
saya ada 4 pots yang hendak di jual.
setiap satu pokok, mempunyai 2 spikes. sangat berbaloi.

Saturday, August 8, 2009

cuci mata

semalam saje je pegi amik gambar kat nursery. cuci mata la kiranya.sekarang ni asyik cuci mata aje la. hehehehehe

gutton sunray alba, 1 cane dan 1 keiki $60. hmmmm....... tengok aje la....
paraphal labukensis....... di sini pokok nya gemuk dan cantik . dalam banyak2 cuma satu ni aje yang berbunga. ini pertama kali saya tengok secara live, so jakun la sikit.


bulbo becarii, sudha lama saya mengidam. Harga pun standard $45. Maka saya sambar satu. Di atas itu kira 2 pokok. sepokok ialah 2 daun matang dan satu anak.
kalaulah dapat besar gini, bestnya.....

Thursday, August 6, 2009

jalan2 amik gambar

Sekarang ni HB gila amik gambar sebab belum decide nak beli kamera mana. So, kami telah mengambil gambar2 okid sebab anak2 dah tak larat nak berposing dah. heheheheh


vanda noid. berbau wangi.
Aeringes apa tah. Saya suka yang ini putih bersih dan sangat wangi. Harga cuma $30 jek. mampu milik la nih.
Vanda ni, tokeh kata species. Tapi saya tak cari lagi idnya. Memang cantik , harganya kalau tak silap $40, kalau silap $60. ahaks....
doritis pulcherrima. Saya sudah ada pulcherrima ini, tapi kepunyaan tokeh ini , warnanya sangat menyerlah. Ingat nak beli jugak la.
Apa tah nama dia ni Aggraxxxxx
Doritis ini berharga $80. Saya amik gambar aje, sebab free. hahahahahaha
Yang ini pula tak jual, sebab terlalu mahal.
doritis ini tidak sama dengan yang di atas tadi. Harga pun murah sikit $40.
Saya berminat dengan cattleya ini, cuma $38. mampu milik, maka saya rembat yang ini aje la.
close up bunganya. isn't she gojes!!!! hehehehehehehe

Tuesday, August 4, 2009

dah jumpa

petang semalam, saya rasa otak berserabut dan sangat2 tiada mood. Maka , selepas anak saya ulangkaji sedikit sebanyak utk trial exam. saya mengajak mereka minum petang.
Maka kami menuju ke SACC mall, tak tau kenapa nak pegi ke sana. saje2 aje la.

Sesampai di sana, perut rasa lapar. ingat nak pegi makan kat restoran umi kat pkns, favourite spot. tapi Sarah malas nak berjalan dari SACC , maka kami ke MPH sementra nak decide minum petang kat mana.

Selepas agak lama juga melepak kat MPH , kami pun decide pergi satu kopi tiam melayu nih.Ishhhh.... ada satu group mak datin sedang minum petang.entah apa yang di bualkan pun tak tahu, tapi macam banyak gelak dari bercerita.

Bila menu sampai, alamak! silap masuk kedai la. Memang kedai ni untuk mak2 datin aje, mahal gilos. Tapi sebab dah dudukdan terasa macam datin, hahahahahahah
Maka kami order lasagna, teh tarik, milo ice dan berry pop untuk aisyah.aisyah tak nak makan.

Maka kami anak beranak berbual dan membaca majalah ok, semementara menunggu makanan sampai. Kat sini hanya majalah2 overc aje ada, mcm people, ok, teen n ntah apa2 lagi.

Tidak lama sampai la pesanan kami.Lasagnanya agak besar la jugak.tapi mahal.
Maka terjadi la conversation ini

Sarah," wah! the lasagna is big "
Ibu, 'Hope it taste good"
Sarah," Ya la, so worth the money"
Ibu," Kita share aje la Sarah"
Sarah," ha'ah, nanti badan jadi macam garfield,lepas tu kena diet."
aisyah,"ibu! i read one good joke from garfield."
Aisyah," Be scared of diet , because there is DIE in diet."

Saya gelak macam nak pecah perut, hingga mak2 datin kat sebelah tu menoleh ke arah saya.
Eh! kenapa tengok saya, saya pun datin jugak. tadi awak gelak besar2 saya tak toleh pun. heheheeh
But true, it was really a good joke,semasa drive balik pun saya masih lagi tersengih2 dan berfikir boleh makan banyak lagi. hahahahahha


Ok! sebut pasal makan. Baru2 ni kami balik kampong dan makan durian. Panasnya badan sebab buah manggis tak ada nak kontra panas durian.


dah tak larat nak makan, banyak sangat.
Sambil2 itu sempat jugak amik gambar okid.
cymbidium finlaysonianum
Gambar di bawah ini pula ialah Aerides Robson gem. Seakan lawerencia tapi lebih banyak merah. Ia berbau wangi seperti vanilla.

close up bunga.
Yang ini pula aerides lawrencia species.



phal bellina
phal bellina dari panama
phal violacea var blue
satu pot lagi yang juga sedang kembang

dendro lampongese
close up bunga
dendro wasselli
Bunganya sangat kecil, tetapi cantik.

Saje letak gambar banyak2 sebab tak puas tengok kecik sangat. hehehehehehe
ok, la tengah meroyan nak amik gambar sebab kamera baru jumpa. hehehehehheeh
saya telah menghilangkan kamera sony yang selalu saya guna untuk amik gambar. so, sekarang tak bolehla nak amik gambar.

boringla kan , ada citer tak ada gambar. guna Iphone, gambar terlalu la tak cantik. tak tahu la samada phone tu tak bagus or tuan punya phone yang tak pandai nak guna.

oh ye, kalau ct buka blog akak dan masih belum balik NZealand. call la akak,kalau nak pegi nursery pun akak boleh bawakan. hehehehehhe

Picasa Web Albums - Drop Box - Drop Box

Picasa Web Albums - Drop Box - Drop Box