Monday, November 24, 2014

Mampu milik

As salam

Dah pergi MAHA? Akak tak pi la....... bukan sebab namanya yang dah melambangkan harganya MAHAiiiiii........ tapi sebab akak rasa akak ni dah gemuk sikit, dah tak larat nak berjalan.... kesian pulak lelemak di badan kehausan dan pupus.........hehehehehhehe


akak tak ingat la sejak diadakan berapa kali yang akak pergi, rasanya semua tak pergi........
bukan tak nak pergi, teringin sangat nak pergi ..... tapi ...... itulah.....
akak ni jenis mudah rambang mata, kang tak pasal2 terlajak laris semua orkid di MAHA sebab akak terlajak beli ekekekkekekek


ok la. malas citer panjang. Kepada yang nak save budget, di sini akak nak let go cutting pada harga mampu milik.





Ini ialah cutting dendrobium anosmum pink. Akak telah ikat ia didalm pot plastik. setiap satu pot berharga rm 27 termasuk pos ke semenanjung dan rm 30 ke sabah /serawak.apa specialnya tentang orkid ini? Bunganya akan tumbuh sepanjang cane /batang pokok ini. Kebiasaannya, setelah daun luruh semua, barulah bunga keluar, namun bunga juga boleh keluar semasa daun masih ada lagi di batangnya.......


 gambar ini akak ambil dari blog http://ricardogupi.blogspot.com/2008/10/dendrobium-anosmum-when-cultured-so.html. cantik kan kalau letak kat veranda/ beranda rumah dan berbunga serentak. wah!!!! air freshener asli gitu....
ini pula oncidium sherry baby, berbau sangat wangi seperti vanilla. akan lebih wangi jika diletakan di laman anda.........
Ini pula Coryanthes macrantha atau dijuga digelar The Bucket Orchid or Monkey Throat Orchid. Mula2 akak tengok orkid ni, terpesona , subhanallah.......uniknya.......
Bila tengok harga , lagi la unik. RM 160...... masya allah........Kalu clump besar mungkin la berbaloi, tetapi clumpnya comel lote aje......
Maka, akak pun mulakan pencarian , dapat la sepasu rm 85 sesuai la dengan harganya sebab belum keluarkan hasil lagi........

Semasa akak berjalan2 di satu nursery ni, dia jual cutting yang dah establish ni pada harga rm 45. akak tengok akar dan mula ikat pada pot dan bulb dah besar. Berbaloi la sangat rasanya dengan harga tersebut. maka belilah......Ada sesiapa berminat...... akak ada 3 pots......


cutting Cymbidium aloifolium. Harga tidak termasuk pos rm 25.

Ini Coelogyne rochussenii di rumah akak yang sedang galak mengeluarkan bunga.

lagi gambar, saje nak bagi jeles......

yang ini pula cutting yang akak hendak lepaskan pada harga rm 25 termasuk pos ke semenanjung

juga hendak dilepaskan pada harga yang sama


ini pula gambar dari internet untuk tatapan anda...........

silalah pilih dan pm /tinggalkan komen jika berkenan......


terima kasih........


Tuesday, November 11, 2014

tracking number part 2

as salam
as usual, now is the tracking number part 2. all parcels posted today. tiada aral melintang lalu membujur patah, in syaa allah esok sampai.

1. EF 585511933My -  aida badaruddin
2. EF 585511955My - zurina mahnor
3. EF 585511978My - muhamad azmi ali
4. EF 585511981My - Hj anuar hj sabri
5. EF 585511947My - Norfauziah mohd tahir
6. EF 585511964My - Mohd anuar hashim



terima kasih

Monday, November 10, 2014

tracking number

as salam,

serious sih, straight to the point.

1. EF 536475801My - Masita binti othman
2. EF 535594820My - Rosjana mohammad
3. EF 536634176My - Masayu@Harianti Mukhtar
4. EF 536634145My - Norhayati Aini Awang
5. EF 536632935My - Siti Aminah Hashim
6. EF 535594793My - Sarimah Mohd Hassan
7. EF 535594762My - Halimah Mohamad Awang

ok, da.........

Phal tetrapis x phal Ipoh super star

As salam,

Apa habaq? kok sehat gitu....
Hujung bulan neh, kok nak pi kulim .... nun... di kedah sana
so, kok kena practise speaking kedoh la ......

macam citer, "spain uollss"
mak cun nak pi spain.........

ok la, benti mengarut




si comel ini adalah hasil kacukan Phal tetrapis dan Phal ipoh super star.
Bunganya cantik macam mak cun..hehehehe

Harga si cantik manis ini rm 55 satu pokok.
Namun jika anda rasa hendak lebih adventurous menjaga anak kecil , anda boleh membeli seedlingnya.


Seedling phal tetrapis x phal ipoh superstar
rm 10 untuk setiap pot

close up 


ok. jangan tunggu lama2, kerna yang cun selalunya cepat habis.....
kalau habis jangan nanges ye.........

Friday, November 7, 2014

as salam
apa khabar anda semua?harap2 semua sihat......

Hari ini akak nak citer rombongan che kiah ke kelana jaya , tentang penanaman cutting vanda.
Bila perlu anda ubah atau potong atau re-pot pet  vanda anda.

Sebagai permulaan, anda perlukan cutter, pot, dawai gantung, id tag, tali pengikat dan juga pokok orkid vanda anda yang telah berkeiki -reiki....
oh..oh oh .... dan jangan lupa , diri anda yang hendak menjalankan tugas tersebut......hehehehehe

ini ialah vanda limbata, yang telah beranak pinak aka berkeiki-reiki.
sebelum anda memotong keiki vanda itu,sila pastikan ia mempunyai sekurang-kurangnya 2 akar matang. 


potong dengan berhati-hati (agar tidak mencederakan induk ), kesemua keiki yang sudah baligh matang

sediakan pot siap dengan dawai penggantung seperti gambar di atas. Jika anda menggunakan recycle pot, gunakan berus untuk mencuci apa sahaja tinggalan dari pokok yang asal. selepas itu rendam didalam racun kulat untuk membersihkannya.  


masukkan keiki tadi ke dalam pot, sila berhati-hati agar akar tidak patah. masukkan sebanyak mungkin akar ke dalam pot.

ikat agar pokok tidak bergoyang gerudi atau tidak tetap kedudukannya. SILA ambil perhatian. ini sangat penting, ada kemungkinan pokok akan mati jika proses yang ini tidak di lakukan secara baik.
 


lastly letak kan id , agar anda ingat pokok apa yang anda baru repot..gantung di tempat yang ada panas pagi dan terang.






okay sessi mebeli-belah kan keputusan anda. jika susah sangat nak buat keputusan , boleh beli semua..hehehehhehe

Ini ialah vanda species yang beridentiti Vanda Limbata. Ini antara vanda yang disimpan oleh otai2 orkid, maka agak sukar hendak menemuinya. 
akak ada 3 cutting di atas untuk di lepaskan. setiap satu cutting berharga rm 17. size sudah matang dan ready untuk berbunga, anda cuma perlu repot seperti langkah2 di atas dan baja seperti biasa.




Ini pula Hybrids aerides Lawrencea. juga antara yang agak sukar di temui sekarnag ini. berbau wangi dan mempunyai gabungan warna pink dan puteh yang menarik.akak ada 2 cutting yang hendak di jual , sila lihat di bawah.


Keiki aerides lawrencea hybrids , rm 25

Keiki Aerides Lawrencea hybrids Rm 25



ini pula ascocenda irene dobkin atau sekarang di kenali sebagai Vandaenopsis Irene Dobkin. Ia sangat mudah berbunga dan warna orangenya sangat menyerlah.
akak ada 5 cutting untuk di lepaskan pada harga rm 10/cutting.


Ini adalah salah satu contoh cutting yang hendak dilepaskan.

Perbezaan antara induk dan cutting yang hendak di jual.

Ok, buat keputusan dengan cepat. contact akak di komen atau di Fb. 
hingga berjumpa lagi
daa.........