Wednesday, September 29, 2010

bertemu kembali

Hi salam sejahtera!!!!
Masih ada mood raya lagi kan, so selamat Hari Raya Aidil fitri, maaf zahir batin.
Raya tahun ini , kami sekeluarga seperti biasa balik ke kampung la. Disebabkan saya berkahwin dengan jiran sebelah kampong , kami tiada masalah hendak berhari raya di rumah siapa. Memang hari raya pertama di tahun ini di rumah ibu saya, tetapi ibu saya adalah ibu dia juga. hehehhehehehe
then pagi raya pergi ke rumah ibu sebelah Hb sebab nak pergi mandi, rumah satu lagi dah penuh bilik air. kena tunggu filiran macam citer P ramlee. selepas solat sunat aidil fitri, kami balik semula rumah ibu saya dan bermulalah hari memenuhkan perut di rumah sedara mara.

Oh! kali ini berhari raya penuh dengan gossip, maka ramai la ahli keluarga saya bertukar menjadi pelakon sambilan sebab nak korek rahsia. muahahahahaha....
tapi memang best la...
juga citer adik bongsu saya hendak menamatkan zaman bujangnya. Kononnya hantaran ialah $11,111.11 ( tak termasuk hantaran serba satu yang di minta)sebab nak pilih tarikh 11.11.2011. Then , beradik saya cakap pilih lah bulan june, so hantaran 6 ribu ja.

Bestnya adik ipar saya (lelaki)pergi sambung , kalau macam tu orang kahwin bulan satu la untung, SERIBU aja, hahahahhahahaha.

Ok la , tinggal dulu citer raya dan gossip kak nam tuh.


Ini ialah Phal purple gem kata dik tokeh tu dulu. Bunga cantik tiada bau tapi rajin berbunga.Gambar ini di ambil sebelum bunganya kembang. ADa 2 pokok yang saya hendak lepas kan, jika berminat , silalah tinggal kan pesanan ye.
Vanda Pinchtawit spot yang tidak pernah gagal berbunga dari setiap sulur daunnya.
Doritaenopsis kaler orange, saya tidak tahu nama penuhnya dan siapakah ibu bapa serta asal dari mana. tapi bunganya memang menawan dan besar.Pandangan sisi kanan.
Pandangan sisi kiri.
Yang ini pokok yang saya hendak lepaskan, bunga belum kembang lagi.

Phal amboinesis ini suka di rumah baru ini , (pokok mangga). sejak di ikat si situ rajin berbunga.



Phal bellina pink.
Phal bellina blue taiwan, saya hendak lepaskan , round shape.
Phal hybrid.
Dendro apa tah lupa dah, sangat rajin berbunga, seingat saya tak putus2 berbunga.




Vanda denisoniana x vanda christian vietnamica, rajin berbunga dan berbau wangi. saya hendak lepas kan juga , sesiapa berminat sila ...sila tinggalkan pesanan.
sebelum kembang.

Phal hybrid juga rajin berbunga. yang ini di ikat di pokok mangga juga sejak kecik lagi.
Dendro ini juga rajin berbunga, warnanya sweet sangat tetapi tiada bau.