Friday, January 30, 2009
fresh from j*****e
hari ini selepas solat jumaat suami saya singgah sebentar di rumah untuk memberi okid hutan yang dibelinya dari seorang peraih okid. saya sangat terkejut dan gembira. hehehehe. Saya tidak tahu nama okid ini, tetapi kalau tak silap ia adalah dari jenis coelogyne, tak tahu lah samada pandurata, mayeriana, asperata atau yang lain2nya. Ubinya besar dan sangat sihat. saya sangat teruja, tetapi saya rasa saya tidak ada tempat hendak meletakkan semua okid saya. oleh itu saya telah mengambil keputusan untuk menjualnya kepada rakan2 forumer.
Thursday, January 22, 2009
ibu beli cattleya
apa yang di lihat dan di beli hari ini
cattleya ini berharga $15, tapi saya tidak membelinya kerana saya rasa warnanya terlalu meriah. nanti lah, bila teringin baru beli
pada mulanya saya ingatkan yang ini blc green wish , tapi tokeh kata bukan dan dia buat perbandingan,baru saya perasan yang ini warna hijau nya lebih lembut.
doritis ini terlalu mahal $80,saya beli dengan kawan di johor cuma berapa ringgit sahaja.bila di tanya tokeh ini kata , doritis di nursery beliau adalah species. hmm....entahlah nampak mcm sama jek
ini pula tolumnia, harga yang ini $30 sebab bunganya meriah dan clumpnya besar, tapi saya tak snap photo clumpnya. yang lebih kecil berharga $15, saya tak beli sebab belum berminat dgn species ini.
doritis yang ini berharga $120. telah di kacukkan dgn phalaenopsis. saya rasa harganya terlalu mahal.
Tuesday, January 20, 2009
Phalaenopsis
kesemua phal bellina diatas adalah koleksi terkini. saya mempunyai 7 pots bellina pink. saya bercadang hendak gantung di depan pintu utama, bila buka pintu mesti bau wangi bellina.bestnya.
ini adalah seedling phal bellina pink. setiap satu pot berharga $8.00.Saya teringin hendak membeli compot, tetapi tokeh kata , lebih baik beli seedling sebab anak2 pokok tu dah stabil. Jadi saya pun belilah seedling. saya bercadang nak tampal kat kayu/fern atau anak pokok mangga depan rumah.saya suka baunya yang wangi.
Monday, January 19, 2009
pengenalan blog orchid
Saya buat blog ini khas untuk ibu saya yang bernama Tina.Kerana saya sayang sangat ibu saya dan ibu saya pun sayang saya itulah saya buat blog ini.Blog ini tentang orchid dan begonia.Ibu saya mengumpul orchid dan begonia,kadang-kadang bila ada kawan ibu saya hendak beli orchid ibu,ibu akan jual kalau ada lebih . Kalau tak de, ibu tolong belikan.
Balik sekolah nanti saya akan update blog.
Balik sekolah nanti saya akan update blog.
Subscribe to:
Posts (Atom)